HOME ABOUT OUR SERVICES GALLERY CONTACT



RECIPES: Puding Triffles




Bahan - bahan
  1. Swiss Roll
  2. 1 Kotak Kristal Jelly
  3. Tepung Kastard
  4. 1 Tin Susu Cair
  5. 1 Tin Besar Fruit Cocktail
  6. Gula
  7. Air - guna 1 tin susu cair
Prosedur Memasak
  1. Mula mula potong kek anda, kalau boleh nipis kerana tebal nanti dikhuatiri tak cantik dilihat. Susun elok elok cantik dan kemas ke dalam bekas yang disediakan.
  2. Dah siap, biarkan seketika.
  3. Masukkan 3 sudu besar tepung kastard di dalam bekas lain
  4. Tuangkan 1 tin susu cair
  5. Dengan menggunakan tin yg sama, masukkan 1 tin air juga
  6. Kacau-kacau bagi sebati tepung dgn campuran susu cair + air
  7. Tapiskan adunan & masukkan ke dalam periuk utk dipanaskan.
  8. Buka api slow-slow hidup dan kacau sentiasa di atas dapur.
  9. Masukkan 3 sudu besar gula
  10. Sentiasa kacau sehinggalah cecair tadi menjadi pekat ala-ala gam 20 sen dulu-dulu
  11. Tuang cepat-cepat cecair gam uolss ke atas lapisan swiss roll uolss potong secomel kak Ton tadi
  12. Lambat tuang nanti cepat sejuk & cepat beku pulak
  13. Ratakan sehingga seluruh permukaan
  14. Utk lapisan yg ketiga, uolss taburkan dgn fruit cocktail
  15. Pastikan uolss TIDAK tuang sekali dgn air fruit cocktail ye
  16. Ratakan buah-buah cocktail sehingga menutupi lapisan kedua
  17. Untuk lapisan keempat, uolss masukkan 400ml air ke dalam periuk
  18. Buka api utk panaskan air
  19. Kemudian masukkan 1 kotak kristal jelly ke dalam air yg dipanaskan tadi
  20. Kacau sehingga campuran kristal jelly itu larut
  21. Tuangkan cecair jelly uolss ke atas lapisan buah-buah koktail tadi
  22. Biarkan sejuk dahulu di bawah kipas sebelum anda masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam
  23. Dan hasilnya -->

 

Blog Design by Ana Johari

Copyright Protected by CC License

Creative Commons License